Aug 10, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Like always, the reason aku menulis this time is because aku terasa terpanggil untuk buat entry tentang bulan Ramadhan *ye lah, aku tengok ramai blogger yang buat entry macam ni many weeks past, aku je yang terkontang-kanting buat entry pasal cintan-cintun ni semua*, apa kan daya, kalau jiwa sudah berbunga-bunga, bagaimana boleh di kekang perasaan itu..
Ehem..

Remember my last post? Yang kat hujung aku ada cakap aku terbaca pasal kisah cinta Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah Azzahra tu? Kali ni pun berkait rapat dengan pasangan merpati dua sejoli ni jugak. Kalau sebelum ni pasal kisah cinta diorang, kali ni pulak tentang their marriage life and berkait rapat dengan masa diorang berpuasa.

Macam ni kisahnya...

Macam yang kita semua maklum, Saidina Ali and isterinya Fatimah Azzahra ialah dua orang manusia yang akan menjadi penghulu para muda-mudi di dalam syurga nanti *hmm, dah la love story diorang punya la sweet, now dua-dua masuk syurga...alangkah baiknya dua orang hamba Allah ni..* 

* kebaikan mereka membuatkan aku tersipu-sipu malu*

Saidina Ali sekeluarga ni bukan la orang yang senang-senang macam orang sekarang ni, lagi-lagi bulan puasa ni mesti la banyak berbelanja untuk keluarga kan? Nak dijadikan cerita, Saidina Ali pun pergi ke rumah seorang mamat Yahudi *ni bukan jenis ganas punya Yahudi ni* nak pinjam gandum untuk keluarganya. Selesai proses meminjam tersebut, Fatimah pun ambil gandum tu and buat roti daripadanya. Dengan izin Allah, datang la seorang hamba Allah ni nak mintak sikit makanan. Saidina Ali tanpa ragu-ragu terus bagi semua roti yang Fatimah buatkan tu kepada hamba Allah ni. Jadi tanpa berfikir panjang, Saidina Ali sekeluarga pun terpaksalah berbuka puasa hanya dengan meminum air. 

*sedih sungguh*

Hari berikutnya, diorang berpuasa lagi. Sekali lagi dengan izin Allah, datang la seorang kanak-kanak mencari makanan. Disebabkan sifat pemurah suami isteri ni, diorang pun bagi kat kanak-kanak tu roti yang Fatimah dah siapkan tu. Sekali lagi, dengan air saja lah diorang sekeluarga berbuka.. *Did I ever mention yang diorang ada dua orang anak lelaki time tu? Hassan and Hussin namanya* Sampai hari ketiga, sebelum nak menjamah roti yang Fatimah buatkan, sekali lagi datang seorang hamba Allah ni, katanya dia seorang tawanan Rasulullah yakni orang Yahudi yang kalah dalam perang. Since dia ialah tawanan mereka, dia pun minta dirinya diberi makan sebab itu dah jadi tangungjawab diorang sebagai conqueror diorang. Ali sekeluarga pun berbuka la dengan air saja...

* sangat mengayat hati*

Aku agak kalau korang kena benda macam ni, mesti dah sumpah seranah orang yang datang ke rumah korang tu kan? Haa, sebab tu la diorang ni dah terjamin tempat dalam syurga.

Satu hari, Ali bawa keluarganya berjumpa Rasulullah, korang agak terkejut tak Rasulullah tengok cucu-cucu dia dalam keadaan yang sangat la kurus kering macam orang tak cukup makan tu? *memang pun*. Tiba-tiba, turun Malaikat Jibril, memberitahu khabar gembira dekat Rasulullah sekeluarga. Tentang kedudukan yang dijanjikan Allah kepada Ali and Fatimah. Pada masa tu baru la diorang faham sebab ujian-ujian tu datang. Maka bersyukur la diorang sekeluarga. 

*baru ku faham*

Mendengar cerita ni masa tazkirah kat masjid buat aku terfikir nilai diri aku sebagai seorang Muslim. Setakat ni aku puasa tanpa masalah, tapi kadang-kadang bab ibadat aku tertinggal. Kadang-kadang aku mencarut, sedangkan aku tau benda tu salah. Bila fikir macam tu, buatkan aku rasa sangat la kecik di sisi dua orang yang jadi idola aku *semenjak aku baca tentang kisah cinta diorng ni* ni.

*these two made me feel all watery inside*

"Ya Allah, aku memohon kepada mu, jika Engkau berikan aku dugaan dan ujian yang sebegitu, kau kuatkanlah iman ku, kuatkan kudratku, dan jadikan lah aku seorang lelaki yang mampu menjaga keluargaku dan orang yang aku cintai."
   
Assalamualaikum

p/s: Lain kali aku cerita tentang Love Story diorang eh?