Aug 21, 2011

SEGMEN anGah Ini Blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada Anda?


Assalamualaikum
sekali lagi bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini, kali ni, aku nak buat entry untuk segmen dari blog anGah - ini blog jiwa jiwa.*Go check it out!* Since ini pertama kali aku menulis untuk sebuah segmen, kalau ada salah silap tu, maafkan la, ye? hehe

 Apa yang kita faham apabila menyebut tentang "Cinta"? Bagi aku, cinta itu ialah kasih sayang, keprihatinan, dan yang penting sekali pengorbanan. Yang penting, ianya sesuatu perasaan yang dikongsi antara dua insan. Perasaan dari dua hati, tapi satu jiwa.

Aku bersyukur, sebab walaupun aku tak pernah merasa nikmatnya berpasangan, tapi aku tahu bagaimana rasanya bila diri ini jatuh cinta. Sepanjang pengalaman aku hidup di dunia ni, aku pernah jatuh cinta secara serius hanya dengan dua orang perempuan. Malang sekali bagi diri aku, nak merasa nikmatnye dicintai seseorang itu amatlah susah.

Aku belajar yang cinta itu sesuatu yang tak boleh dipaksa, cinta yang dipaksa itu ialah cinta yang hilang manisnya. Cinta yang dipaksa itu takkan lama serinya. Cinta yang dipaksa itu ialah sesuatu yang tidak rela. Kalau dia si dia, tak dapat menerima kita, kita tak boleh memaksa.

Aku jugak belajar erti kesabaran. Di saat diri aku mencintai seseorang, diri aku akan diuji. Mampu ke kita bersabar menunggu seseorang yang tak pasti akan menerima dan membalas perasaan kita? Kalau aku mampu bersabar menunggu 'dia'. Aku yakin dia akan sedar keikhlasan aku terhadap dia.

Akhir sekali, bagi aku cinta itu ialah pengorbanan. Aku pernah terfikir, untuk melepaskan dia, supaya dia takkan merasakan seolah-olah aku ni beban pada dia *sebab aku sukakan dia, tapi dia tak dapat terima aku..* dan agar dia boleh mencari lelaki yang mampu menjaga dia. Di saat aku terfikir macam tu, aku cuma terfikirkan tentang kebahagiaan dia. Aku cuma mahu dia gembira. Itu saja.

Jadi itulah dia, erti cinta pada diri aku. Moga si dia yang terbaca entry aku ni, akan faham dengan isi hati aku..

p/s: jiwang nya entry aku kali ni...haih..

Assalamualaikum.