Oct 16, 2011

Dakwah

Assalamualaikum peeps sekalian.

How do you all doing? Sihat-sihat belaka ke semua ni? Yes, I know, korang memang 'sihat' sentiasa. Lagi-lagi kalau korang makan 'secukupnya'. *Heh*

Okay lah, back to the topic.

Apa motif aku menulis kali ni? Sebelum aku teruskan, baiklah korang baca hadis yang aku nak tunjuk kat korang ni.

Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan ( ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."( Hr. Thabrani )

Aha, dapat agak apa aku nak cakapkan? *Of course lah, tajuk dah terang-terang aku tulis kat atas -.-*

Kali ni aku nak bercerita sikit tentang dakwah. As we all know, sebagai umat Islam, kita ada tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu, berdakwah demi Allah S.W.T. To make matters understandable, berdakwah boleh di translatekan dengan erti kata lain "mengajak". Dalam erti kata lain, mengajak seseorang untuk melakukan kebaikan. Sejak dari zaman Rasullullah lagi, terdapat banyak cara untuk seseorang tu berdakwah. Di sebabkan banyak sangat tu juga lah, aku tak mampu nak listkan kat sini *padahal tengah malas sebenarnya, lolol* 

Ehem.

Berdakwah tak terhad kepada sekadar menyebarkan ilmu, tapi kita juga boleh berdakwah dengan teguran and nasihat, sebagai contoh dari ayat dalam Al-Quran ni:

Allah berfirman:
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhamad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. ( Surah Al-Nahl : 125 ) 

Of course, keberkesanan korang menegur dan memberi nasihat tu jugak mostly bergantung kepada beberapa adab. Let's take this scenario as an example; One day, korang ternampak kawan korang ni always wear the same kain pelikat whenever dia nak solat, and he wear the same kain pelikat doing things around the house daily. Nak dijadikan cerita, terdetik lah dalam hati korang untuk menegur si hamba Allah aka kawan korang ni, so this leave you with two choice. Adakah korang akan:

a) menyergah dia dengan berkata: "oi , kalau ko nak solat boleh tak ko kasi diri ko bersih-bersih dulu? Ko tu dah la pakai kain pelikat sama je hari-hari, masa ko tido and then pakai pulak kain pelikat tu, entah apa-apa ko mimpi, boleh jadi eww-eww kain pelikat ko tu, ko tau?!" *sambil mencebik muka*

*exaggerating things*

or

b) korang tegur dia secara berhemah dengan berkata: "bro, aku perasan ko selalu pakai kain yang sama bila ko lepak kat rumah, and then masa solat pun ko pakai kain yang sama. Aku rasa kan, elok kalau ko asingkan kain pakai masa solat dengan kain yang daily ko pakai, macam ni, takde lah ko rasa was-was ko dalam keadaan bersih or tak. Lagi lah rasa selesa nak solat, tak gitu?" *sambik ber-wink2 pada member korang*

*cara yang lemah lembut*

Now, can you see the difference between the two approach? Satu tu memang direct habis, dah tak kisah perasaan orang dah bila tegur, while the other approach relies on gentleness in order to get the subject's attention. Agak-agak teguran yang mana satu yang akan buatkan hati member korang tu terbuka? Of course la approach yang kedua tu!

Nak tau macamana aku boleh tau berkesan or tak teguran tu? Ahaa, benda ni dah jadi dekat aku, so aku tau lah berkesan ke tak, ahahah~ *sigh..*

Ehem.
  
Apa yang aku cuba nak kata kan disini ialah, kita sebagai hamba Allah, memang ada banyak cara untuk berdakwah, ada yang berdakwah secara langsung, *itu bagi yang berkemampuan dan berkeyakinan diri mampu buat macam tu* and ada juga yang berdakwah dengan cara yang begitu kecil lagi tak langsung. Sebagai contoh, macam apa yang aku buat. The only reason aku update status yang Islamic and all that ialah sebagai peringatan buat diri aku yang aku rasa aku patut kongsi dengan orang lain, dengan harapan dapat mengajak orang lain untuk terbit niat yang sama dalam hati, hence untuk berubah. 

*Ever wondered why aku pilih cara yang so small macam tu? Truthfully, sebagai seorang Muslim, aku sendiri masih ada banyak kelemahan. But I know I need to be overall a better individual, so I decided that I need to take one step at a time, and this is the result that I get while doing all those self assessments. And macam dalam hadis kat atas tu, although aku sendiri pun tak betul, it's better kalau aku mengajak orang lain ke arah kebaikan at the same time jadikan seruan tu sebagai satu medium untuk aku sendiri berubah. *

Unfortunately, sesetengah orang berpendapat yang dakwah dengan cara ni tak memberikan kesan. Heck, bagi aku tak kiralah sekecil mana pun dakwah kita tu, ianya tetap demi mengajak seseorang untuk melakukan kebaikan and bergantung kepada setakat mana niat and usaha kita tu, insyaAllah Allah akan balas dengan sesuatu yang baik.

Furthermore, kita perlu tau yang proses mengajak orang ke arah kebaikan ni ialah sesuatu yang berperingkat. The key point is to keep your patience in check. It's a saddening thing because most individuals would lose their cool way too early dalam proses berdakwah itu sendiri and towards the end gagal untuk sampaikan apa yang diorang cuba nak buat.


*bersabarlah wahai hati*

What matters is niat kita untuk berdakwah tu. Is it because our environment tersangat lah teruk sampaikan kita terasa terpanggil untuk berdakwah? Is it because kita ternampak seseorang tu berada dalam keadaan yang kita kira sebagai daif agama and kita merasakan diri kita ni lebih baik dan orang tu patut ikut cakap kita? Or is it because kita rasakan ianya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni and it's our priority untuk mengajak orang lain untuk turut sama berbuat kebaikan?

Let's us all take a moment and think.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment